Tindakan ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, yang mengambil risiko meletakkan penyerang import baru, Douglas Coutinho bertemu Kuching City dianggap berbaloi walaupun pemain kelahiran Brazil itu baru tiga hari bersama pasukan.
Ternyata Douglas berjaya membalas kepercayaan yang diberikan pasukan terhadapnya, malah dia bijak mencari serta memanfaatkan peluang yang ada untuk memastikan menjadi ancaman kepada skuad Aidil Sharin Sahak dan Kuching City dalam aksi timbal balik minggu ini.
Advertisement
Susulan membuat debut sempurna selepas menjaringkan satu-satunya gol untuk pastikan kemenangan tipis, namun bermakna buat Penang ke atas Kuching City dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia.'
Penyerang import Penang, Douglas Coutinho, berharap ia dapat menjadi tonik penting dalam membawa cabaran ke perlawanan timbal balik di gelanggang lawan nanti dengan The Cats semestinya mahu menjelmakan kebangkitan.
Malah, Douglas juga mengakui saingan Liga Malaysia sebagai liga yang menuntut tahap fizikal tertinggi selain dia berharap untuk mencari rentak terbaiknya bagi mengharungi baki musim ini.
"Saya sangat gembira, dalam debut pertama (dapat jaringkan gol). Kepercayaan jurulatih untuk letakkan saya, saya gembira dapat membantu pasukan.
"Saingan liga sangat berkualiti, perlawanan ini sangat baik." katanya.