Perseorangan lelaki B-17 dari Selangor, Low See Zhe, menepati ramalan untuk menumpaskan lawannya, Jonas Chern, dalam pusingan 64 Piala Lee Chong Wei.
See Zhe meluahkan bahawa dia tidak akan berada di sini jika pakciknya tidak membawa dia ke latihan badminton di kampungnya, Kuala Selangor.
Ia menjadikan permulaan kepada kisah See Zhe, seorang budak kampung bercita-cita besar yang berhasrat mencapai platform tertinggi sebagai atlet.
Dia bertekad meneruskan meneruskan momentumnya selepas menjuarai Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Selangor 2026 dengan berkata: "Mulanya tidak meminati sukan ini tapi mula serius berlatih sejak umur tujuh tahun.
"Saya mengambil keputusan untuk mula tinggal di rumah jurulatih ketika berusia 13 tahun dan sampai sekarang.
"Dia banyak membantu peningkatan saya.
"Saya hanya berlatih di sekolah tetapi jurulatih banyak membantu saya ke latihan dan kejohanan.
"Sasaran besar yang terdekat yang saya tetapkan adalah untuk menyertai BAM (Persatuan Badminton Malaysia)," katanya.