Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid, mengakui Thailand akan menjadi pencabar utama skuad negara dalam saingan Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 bermula Julai depan.
Bagaimanapun, pemain Kuala Lumpur City itu berpendapat pasukan lain dalam kumpulan berkenaan juga tidak boleh dipandang mudah.
Advertisement
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos, di mana dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir.
"Thailand sememangnya menjadi pencabar utama tetapi kemampuan Filipina tidak boleh dipandang sepi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Selain itu, Laos dan Myanmar juga mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini."
Sementara itu, Kumpulan A pula menempatkan Vietnam, Singapura, Indonesia, Kemboja dan pemenang pusingan kelayakan di antara Brunei dan Timor Leste.
"Bola Sepak","Harimau Malaya","Safawi Rasid","Piala Hyundai ASEAN"