Singapura menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua Piala Hyundai ASEAN 2026 di Bangkok sebentar tadi tetapi keputusan itu masih belum cukup untuk membawa mereka ke final.
Selepas tewas 1-3 di Stadium Jalan Besar pada Sabtu lalu, The Lions tiada pilihan selain menang dengan kelebihan dua gol untuk kembali mengikat kedudukan agregat.
Dan segalanya tampak baik buat Negara Seberang Tambak itu apabila Haryhs Stewart berhasil memecahkan kebuntuan jaringan pada penghujung babak pertama.
Bagaimanapun, Stewart kemudian melakukan kekasaran ke atas Wanchai Jarunongkran di dalam kawasan penalti dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Kakana Khamyok untuk kembali mengikat kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-61.
Bagaimanapun, kedudukan itu hanya bertahan selama empat minit sebelum tekanan yang diberikan skuad bimbingan Gavin Lee itu berhasil memastikan Pansa Hemviboon terjaring gol sendiri.
Singapura terus menggandakan asakan dalam usaha mengikat kedudukan agregat tetapi kekentalan pertahanan Thailand menafikan hajat mereka ke final.