Selepas kecewa ditundukkan Thailand 0-2 sebelum ini, skuad Harimau Malaya kini tiada pilihan lain selain memburu kemenangan ke atas Filipina malam ini.
Tiga mata menjadi buruan bagi mengesahkan langkah ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026 tidak terhenti dan kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh anak buah Tan Cheng Hoe.
Bagi beberapa bekas pemain negara, Yusri Che Lah, Razman Roslan dan Indra Putra Mahayuddin, berkongsikan tanggungjawab semua pemain semestinya tidak mudah seperti yang disangkakan.
"Ini adalah pentas terbaik kerana mereka perlu layak dengan kemenangan, gunakanlah peluang itu kenapa perlu buang.
"Dengan sorakan hangat malam ini, sudah pasti menaikkan semangat untuk hadiahkan kemenangan buat negara," kata Yusri Che Lah.
Namun, mereka percaya kemenangan mampu diperoleh jika setiap pemain turun dengan karakter yang betul, menyempurnakan peluang terhidang dan tampil dengan corak permainan terbaik.
"Memang misi wajib menang, beraksi di laman sendiri. Walaupun terdapat beberapa pemain cedera tetapi saya yakin kemampuan pemain lain dan strategi Cheng Hoe mampu beri kelebihan buat skuad negara." tambah Razman Roslan.