Pemain tengah Malaysian Abroad, Wan Kuzain Wan Kamal, berkongsikan detik magis di sebalik gol pertama hanya dalam penampilan keduanya bersama skuad kebangsaan.
Meskipun tampil sebagai pemain gantian, pemain Sporting Jax itu meledak jaringan menerusi sepakan percuma 'knuckleball' sekali gus menjadi ucapan selamat datang paling sempurna buat kariernya bersama Harimau Malaya.
"Saya fikir penjaga gol Laos pastu berfikir saya akan buat hantaran lintang, jadi kenapa tidak (melakukan sepakan terus)? Itu saat yang menjadikan istimewa dan saya gembira kerana ia masuk gol.
"Tekanan ini adalah tekanan yang bagus jika beraksi dalam sukan, gunakan itu sebagai momentum dan terus maju." katanya.
“Why not?”, Wan Kuzain akui gol pertama pada penampilan kedua bersama skuad negara seperti mimpi jadi kenyataan dengan gol sepakan percuma knuckleball bertemu Laos. 💫🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/Yh6iOVUJ0w
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 29, 2026