Dua gergasi Asia Tenggara (ASEAN) berpotensi menjadi lawan Harimau Malaya sekiranya berjaya mara ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN selepas perlawanan bertemu Filipina di Cheras, Kuala Lumpur (KL) malam ini.
Jika Malaysia mengakhiri kempen Kumpulan B selaku juara mengatasi perbezaan gol dan bolos Gajah Perang, mereka akan menentang Singapura selaku naib juara Kumpulan A.
Manakala, jika anak buah Tan Cheng Hoe kekal di tempat kedua, juara bertahan, Vietnam, bakal menjadi penghalang terbesar kem kebangsaan.