Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Piala FA: Petrus Shitembi belum mahu mengalah, Kuching City sasar kebangkitan

Piala FA: Petrus Shitembi belum mahu mengalah, Kuching City sasar kebangkitan
Advertisement

Pemain tengah berpengaruh Kuching City, Petrus Shitembi, menegaskan peluang pasukannya untuk melangkah ke final Piala FA musim ini masih terbuka meskipun ketinggalan agregat 1-2 kepada Selangor.

Tonggak kelahiran Namibia itu memberi jaminan bahawa The Cats tidak akan mengibarkan bendera putih, sebaliknya bertekad memberikan tentangan habis-habisan dalam aksi timbal balik di Stadium Taha Arifin 8 November ini.

Advertisement

Shitembi percaya kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan Kuching City mampu memburu kemenangan dan membalikkan kedudukan agregat.

“Amat penting. Musim lalu kami meraih keputusan seri ketika bermain di sini. Kami mempunyai 90 minit yang penting di laman sendiri untuk memberikan aksi terbaik kepada penyokong,” katanya.

Advertisement

Menurut Shitembi, Kuching City sentiasa berusaha mendapatkan keputusan positif dalam setiap perlawanan dan kejohanan yang disertai, sekali gus menjadikan aksi timbal balik itu peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan pasukan.

Dalam masa sama, pemain tengah itu turut berharap skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mampu meraih tiga mata pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Dua apabila berdepan Gangwon di tempat lawan pada Khamis.

Bagi Kuching City, cabaran menentang Selangor bukan sekadar usaha memburu tiket final, malah peluang untuk membuktikan semangat juang The Cats masih utuh ketika berdepan situasi sukar.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video