Pengurus Liverpool dan Barnsley, Arne Slot dan Conor Hourihane, saling mengkritik Dominik Szoboszlai selepas pemain tengah itu cuba menguis bola ke belakang dengan tumitnya ketika di dalam kawasan penaltinya sendiri.
Szoboszlai membuka jaringan di Anfield sebelum Jeremie Frimpong menggandakan kelebihan tuan rumah. Bagaimanapun, Adam Phillips mengurangkan separuh defisit buat Barnsley sejurus sebelum waktu rehat selepas Szoboszlai bersikap sambil lewa ketika mengeluarkan bola hanya beberapa ela dari pintu golnya sendiri.
Advertisement
Namun, jaringan itu belum cukup untuk menggugat kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Barnsley, awal pagi tadi.
"Tetapi pemain mereka tidak hormat menghormati lawan. Saya tidak fikir dia akan melakukan hal itu ketika menentang Chelsea atau Arsenal mahupun dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL)."
"Saya tumpang gembira untuk Adam, tetapi dari sudut kelakuan pemain mereka, agak kurang mnghormati lawan."
Slot turut berkongsi kekecewaannya dalam sidang akhbar selepas perlawanan, dan mengakui bahawa kesilapan Szoboszlai menyumbang kepada kegugupan dalam separuh masa kedua di Anfield.
Ma cosa combina Szoboszlai?! π€―
Clamoroso errore del centrocampista del Liverpool che si perde il pallone in area di rigore π«£
π² Tutti gli incontri LIVE del terzo turno dellβπ π πππ sono disponibili su Discovery+#Calcio #EmiratesFACup #Liverpool pic.twitter.com/YENhZEgxSIβ Eurosport IT (@Eurosport_IT) January 12, 2026
"Saya mempunyai pendapat saya tentang perkara itu yang pasti akan saya kongsikan dengannya," katanya dengan The Reds akan bertemu Brighton dalam pusingan berikutnya.
""Ini bukan kali pertama -- dan sekarang saya bercakap secara umum -- kami mendahului 2-0, tidak menghadapi masalah dalam perlawanan, kemudian kami dibolosi gol yang cuai atau mudah. ββIa menarik perhatian ramai -- walaupun bagi kami sendiri!
"Ia tidak membantu kerana anda dibolosi ketika sedang mendahului 2-0. Pasukan lawan sudah hampir akur dengan kekalahan, lebih-lebih lagi jika anda masih mencipta peluang dan mengawal permainan.
"Dalam keadaan begitu pertahanan merek tidak begitu agresif lagi dan kami berpeluang untuk mencetak gol ketiga dan keempat.
"Tetapi jika kami kemudian memberikan gol mudah sebagaimana yang telah kami lakukan berkali-kali musim ini, ia menjadi titik tolak dalam pemikiran lawan.
"Ia pastinya tidak membantu kami. Malah, malam ini, kami dapat melihat banyak masalah yang sudah berulang berkali-kali musim ini."