Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Arteta tuntut Arsenal padam keperitan musim lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

EPL

"Ia memang perit!', kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yang mendambakan kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL) menjelang pertemuan separuh akhir pertama dengan Chelsea, awal pagi esok.

Dan mereka bakal menghadapi The Blues di bawah pengurus baru, Liam Rosenior dan berikutan Arsenal yang disingkirkan oleh Newcastle musim ini, Arteta menggesa barisannya agar tampil dengan persembahan lebih baik kali ini.

Advertisement

"Itulah misinya. Semoga kami dapat belajar daripada tahun lepas kerana ia menyakitkan, terutama cara perlawanan berlangsung dan jumlah peluang yang kami lepaskan untuk tidak mara.

"Begitupun, semoga tahun ini kami lebih baik dan lebih cekap. Lebih banyak kami terlibat dalam perlawanan seperti ini, lebih baik kerana ia menjadi pendorong.

"Ia menyalurkan tenaga yang berbeza dan ia memberi kami rasa bahawa objektifnya sangat sukar dan ia menjadi satu motivasi yang tinggi untuk semua orang.

"Kami sedar bahawa kami hanya perlu mengharungi dua perlawanan lagi. Kami perlu melalui perlawanan demi perlawanan, dan yang pertama ialah Stamford Bridge dan kami sedar bakal berdepan ranjau berliku.

"Saya tahu bahawa (untuk mara dalam pertandingan ini) anda perlu menjadi lebih baik daripada pihak lawan dan itulah yang perlu kami lakukan esok.

"Selebihnya bukan dalam kawalan kami jadi kami telah membuat persediaan yang sangat baik.

"Pemain benar-benar bermotivasi dan menjalani persiapan rapi kerana kami dapat merasakan bahawa di situlah kami mahu berada dan kami perlu mengambil satu lagi langkah untuk mencapai hasrat kami dan itulah objektif esok."

Topik Berkaitan

Must Watch Video