Skip to main content

Wushu

Piala Dunia Wushu: Cheong Min persiap jurus baru

wushu

Ratu wushu negara, Tan Cheong Min, memasang tekad mencabar diri dengan menampilkan tahap kesukaran baharu dalam rutin persembahannya demi kekal sebagai pencabar utama di peringkat antarabangsa.

Kehadiran atlet muda yang semakin meningkat naik turut menjadikan cabaran lebih sengit, justeru memaksa Cheong Min keluar dari zon selesa demi meningkatkan tahap persembahan.

Advertisement

Sehubungan itu, Piala Dunia di China pada Julai depan akan menjadi medan untuknya menguji keupayaan melaksanakan rutin dengan darjah kesukaran lebih tinggi.

Kejohanan itu turut dilihat sebagai persiapan penting bagi menentukan sama ada dia mampu meneruskan tahap kesukaran tersebut menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

"Saya mempunyai sasaran (peribadi) tapi saya mahu buat yang terbaik sahaja.

"Saya mungkin akan cabar diri sendiri dengan menampilkan darjah kesukaran yang baru.

"Kalau menjadi, ia akan yang pertama digunakan dalam persembahan.

"Ketika ini saya masih dalam pemulihan selain berlatih menguatkan otot dengan harapan dapat menggunakannya pada Julai depan," kata juara dunia empat kali itu. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video