Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia UCI: Saya lihat untuk ke final tiada masalah -- Harnizam optimis kemampuan skuad pecut lelaki negara

har

'Ini peluang keemasan buat mereka'

Itu laungan ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri, mengenai perjuangan barisan skuad pecut negara dalam siri pertama Piala Dunia UCI 2026.

Advertisement

Nama yang menjadi tumpuan semestinya Datuk Azizulhasni Awang yang kembali ke pentas tertinggi UCI dalam acara kegemarannya iaitu keirin.

Peluang besar juga apabila pasukan gergasi seperti Belanda tidak menyertai saingan kali ini.

"Dengan keadaan trek yang panas, esok dijangkakan hamper 40 darjah celcius. Saya lihat prestasi mereka untuk mara ke final tiada masalah.

"Saya harap mereka dapat berikan yang terbaik kerana negara seperti Belanda tidak hadir, jadi gunakan peluang ini sebaiknya," kata ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri.

Dalam saingan pecut wanita pula, dua nama menjadi sandaran iaitu Nurul Izzah Izzati dan pelumba muda, Nur Alyssa Mohd Farid.

Harnizam menyifatkan kemampuan Izzah mampu meletakkan diri sekurang-kurangnya di suku akhir untuk semua acara disertai, manakala berharap Alyssa dapat membuat kejutan, sekali gus mengambil pengalaman berharga daripada kejohanan besar ini.

"Saya berasakan Alyssa dan Izzah akan lakukan yang terbaik di peringkat kelayakan untuk berada dalam kelompok 13 terbaik untuk ke pusingan pertama.

"Yang hadir juga saingan agak kuat, jadi saya rasa untuk ke suku akhir, Izzah ada harapan tetapi lihat bagaimana sesi kelayakan esok." tambahnya.

 

Must Watch Video