Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia FIFA: Donald Trump berterima kasih FIFA 'tangguh' kad merah pemain AS

kkk

Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bertindak menggantung kad merah penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, sebagai lampu hijau untuk menghadapi Belgium dalam pusingan 16 Piala Dunia 2026.

Bolagun sebelum ini menerima padah diarahkan keluar padang ketika menentang Bosnia-Herzegovina setelah menyumbangkan gol pada minit ke-45 kemenangan 2-0 di peringkat 32, sekali gus perlu menjalani penggantungan automatik satu perlawanan dan sepatutnya terlepas untuk aksi di Stadium Seattle, esok.

Dalam satu kenyataan di laman sesawangnya, FIFA menjelaskan: "Melalui operasi Artikel 27 FDC, pelaksanaan penggantungan perlawanan automatik untuk pemain AS, Folarin Balogun, digantung selama tempoh percubaan selama setahun."

Cristiano Ronaldo sebelum kempen ini turut menerima 'layanan' serupa dengan dua kad merahnya digantung dalam tempoh setahun.

Presiden AS, Donald Trump, memuji keputusan FIFA itu yang disifatkan sebagai keberanian dalam menegakkan kebenaran.

"Terima kasih kerana menegakkan keadilan,"  katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video