Bola sepak Tunisia semakin bergolak dengan peminat terus mempersoal hala tuju pasukan itu selepas mengakhiri kempen Piala Dunia 2026 dengan kegagalan besar.
Pasukan ke-57 dunia itu melepaskan 12 gol dalam peringkat kumpulan, sekali gus mencipta rekod paling buruk dalam sejarah kejohanan.
Kekalahan pertama kepada Sweden 1-5 membawa kepada pemecatan ketua jurulatih, Sabri Lamouchi, menyebabkan Tunisia terkapai-kapai sewaktu saingan berjalan. Dan, bekas pengendali Arab Saudi, Herve Renard, dipanggil mengetuai Eagles of Carthage pada baki dua perlawanan Kumpulan F, namun tetap gagal melakar kemenangan mahupun keputusan seri.
🚨 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗘𝗟 : 𝗛𝗘𝗥𝗩𝗘 𝗥𝗘𝗡𝗔𝗥𝗗 𝗡𝗘 𝗥𝗘𝗦𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗩𝗘𝗖 𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗜𝗦𝗜𝗘, 𝗖’𝗘𝗦𝗧 𝗗𝗘𝗝𝗔 𝗙𝗜𝗡𝗜 ! 👋🏼🇹🇳 pic.twitter.com/CNMbsHinsL
— Noussour 🇹🇳 (@NoussourTN) July 4, 2026
Hal itu menjadikan individu berusia 57 tahun itu turut melepaskan jawatan menerusi kenyataan di Instagramnya awal pagi tadi.
Pertukaran jurulatih tidak membawa apa-apa impak besar memandangkan prestasi Tunisia semakin mengecewakan.