Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia B-15: Malaysia akhiri kempen di tangga ke-56

Piala Dunia B-15: Malaysia akhiri kempen di tangga ke-56
Advertisement

Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) negara menamatkan kempen Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan ke-56 daripada keseluruhan 189 pasukan selepas tewas 0-2 kepada Lubnan dalam aksi penentuan tempat ke-55 dan ke-56 di Baku, Azerbaijan, sebentar tadi.

Dua jaringan pada separuh masa pertama menerusi pemain bernombor sembilan pada minit ke-16 dan pemain nombor tujuh pada minit ke-35 memastikan Lubnan membawa pulang kemenangan, sekali gus mengesahkan kedudukan ke-55 menjadi milik mereka.

Advertisement

Kekalahan itu menyaksikan hasrat anak buah P. Maniam untuk menutup kempen dengan kemenangan tidak kesampaian selepas sebelum ini turut tewas kepada Qatar dalam aksi separuh akhir penentuan tempat ke-53 menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, skuad muda negara tetap memberikan saingan sengit kepada wakil Asia Barat itu, terutama pada babak pertama apabila beberapa peluang berjaya dicipta untuk mencari jaringan.

Advertisement

Malaysia sebelum ini hadir dengan keyakinan selepas menewaskan Syria pada peringkat kumpulan, selain hanya tewas kepada Qatar menerusi penentuan penalti.

Namun, Lubnan berjaya memanfaatkan peluang yang dimiliki untuk mendahului perlawanan sebelum menambah jaringan kedua pada minit ke-35.

Malaysia cuba bangkit selepas rehat, namun gagal merapatkan jurang sehingga wisel penamat mengesahkan kemenangan 2-0 buat Lubnan.

Meskipun terpaksa berpuas hati di tangga ke-56, pencapaian skuad muda negara wajar diberikan penghargaan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 60 pasukan terbaik daripada 189 pasukan yang mengambil bahagian.

Lebih membanggakan, Malaysia turut menjadi satu-satunya wakil ASEAN yang beraksi di Tier B kejohanan berkenaan.

Keputusan itu menjadi pengalaman berharga buat barisan pemain muda negara untuk terus meningkatkan kemampuan dan membuktikan potensi mereka di pentas antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video