Argentina 1 Cape Verde 1
Penjaga gol veteran Cape Verde, Josimar Jose Evora Dias, atau dikenali Vozinha menampilkan persembahan cemerlang apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya Argentina untuk memgheret kedua-dua pasukan ke masa tambahan selepas tamat 90 minit permainan.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia, Lionel Messi, terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 sebelum Deroy Duarte menewaskan Emiliano Martinez untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua.
Serangan bertali arus dilancarkan juara bertahan, namun negara dengan antara populasi terkecil dunia itu tentang mengawal perlawanan mengekang asakan pasukan nombor satu dunia itu.
Siapakah yang akan memenangi aksi ini? Mampukah Cape Verde mencipta kejutan?