Pengurus England, Thomas Tuchel, bersetuju dengan pendapat Jude Bellingham bahawa pasukan itu telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam kemenangan ke atas Norway dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2026 pagi tadi.
Namun, jauh di sudut hati bekas pengendali Chelsea itu tetap tidak berpuas hati dengan beberapa perkara terutamanya berkaitan persembahan individu yang mempengaruhi prestasi pasukan.
"Kami hanya bernasib baik.
"We were lucky today."
Thomas Tuchel didn't hold back on England's performance vs. Norway 😳 pic.twitter.com/rlYYappU69— ESPN FC (@ESPNFC) July 12, 2026
"Kami beraksi dengan sangat sukar. Terlalu banyak kesilapan dan tidak bergerak pantas.
"Saya tak gembira dengan persembahan semua," katanya.
The Three Lions mara ke separuh akhir hasil dua jaringan daripada bintang Real Madrid itu dan menunggu sama ada Argentina atau Switzerland.