Kain rentang yang dipamerkan pemain Argentina yang tertulis 'Kepulauan Falklands milik Argentina' selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 mencuri tumpuan.
Untuk rekod, isu sensitif itu merupakan konflik perebutan wilayah yang menjadi pertikaian antara Argentina dan Britain sejak sekian lama termasuk perang yang tercetus pada 1982.
Dalam peperangan itu menyaksikan hampir 649 tentera Argentina dan seramai 255 tentera Britain terbunuh dalam peperangan yang berlangsung selama 74 hari itu, sementara tiga lagi penduduk di pulau itu turut menjadi mangsa korban.

Argentina menegaskan kepulauan itu merupakan sebahagian daripada wilayahnya selepas memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 1816 dan mendakwa Britain merampasnya melalui tindakan penjajahan pada 1833, namun sehingga kini Britain mentadbir kawasan itu.
Slogan atau simbol yang berbaur politik dilarang untuk diketengahkan dalam sukan bola sepak, Argentina berpotensi dikenakan tindakan disiplin daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
