Hatrik Jonathan David memacu kemenangan pertama Canada dalam saingan kedua aksi Kumpulan B, Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Qatar 6-0 di Stadium BC Place, sebentar tadi.
Pasukan di ranking ke-30 dunia itu mendominasi perlawanan sepenuhnya apabila tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi Cyle Larin sebelum David menambah jaringan pada minit ke-29 dan 45.
Masuk babak kedua pula menyaksikan Nathan Saliba terus menambah derita Qatar, selain gol sendiri Mohammed Manai meletakkan Canada selesa mendahului 5-0 sebelum tambahan jaringan David pada minit kecederaan melengkapkan kemenangan 6-0 Canada di laman sendiri.