Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: FIFA haramkan dua pengadil kawal aksi Argentina

FIFA

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melarang dua pengadil dari England bertugas mengendalikan perlawanan membabitkan pasukan Argentina berbaki tiga lagi aksi dalam Piala Dunia 2026. 

Umum mengetahui bahawa Anthony Taylor dan Michael Oliver merupakan pengadil yang sangat popular di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memiliki lesen FIFA, namun dihalang daripada mengawal permainan melibatkan juara bertahan.

Laporan media sosial mengatakan sebab utama keputusan dibuat adalah kerana faktor geopolitik, dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku. 

Negara nombor tiga dunia itu akan menghadapi Switzerland dalam pertembungan suku akhir yang akan berlangsung esok pagi.

FIFA dalam masa sama telah memutuskan tiga pengadil dari Portugal akan mengadili aksi tersebut.

Joao Pinheiro akan mengetuai senarai pengadil dibantu oleh dua penolong yang juga daripada negara sama, Bruno Jesus dan Luciano Maia, sebagai pembantu garisan.

Sementara video bantuan pengadil (VAR) pula diawasi oleh pengadil dari Kanada.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video