Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Ini temubual pertama Bergson sebagai pemain naturalisasi Harimau Malaya

ddd

'Kami akan beri yang terbaik dan cuba bawa pulang trofi Piala ASEAN FIFA ke Malaysia'

Pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya, Bergson da Silva, berkongsikan perasaan teruja selepas pertama kali dipanggil menyertai skuad kebangsaan ke saingan Piala FIFA ASEAN 2026.

Penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman berusia 35 tahun itu tidak memandang mudah saingan peringkat kumpulan selepas Malaysia diundi bersama Singapura, Bangladesh dan musuh tradisi, Indonesia.

"Berada di sini satu perasaan yang bagus, saya nikmati momen ini dan bekerja keras bersama rakan sepasukan.

"Tidak, tidak pernah jangka, berada di sini seperti mimpi untuk diri saya dan keluarga. Berada di sini lebih lima tahun, mewakili negara dan jersi ini satu penghormatan buat saya.

"Saya ambil (jangkaan orang ramai) sebagai tanggungjawab, bukan tekanan kerana setiap langkah dalam hidup mempunyai sasaran. Saya sentiasa mahu bersama pasukan, saya akan berikan yang terbaik.

"Sebelum ini saya ada menyaksikan perlawanan Malaysia, lihat rakan sepasukan saya beraksi, mereka katakan atmosfera berbeza jika sarung jersi ini. Harapan penyokong sangat tinggi.

"Tiada perlawanan mudah hari ini, pasukan lawan sentiasa bekerja keras. Kami akan beri yang terbaik untuk kejohanan ini. Kejohanan ini akan menjadi pengalaman yang baik buat kami, sebagai satu pasukan kami akan beri yang terbaik dan cuba bawa pulang trofi ke Malaysia.

"Bukan mudah, setiap pasukan kerja keras untuk menang. Aksi berdepan Bangladesh, Singapura dan Indonesia tidak akan mudah. Kami akan cuba untuk meraih kemenangan bersama sebagai satu pasukan." katanya.

Bergson bersama rakan sepasukan di Johor Darul Ta'zim iaitu Brad Tapp dan Manuel Hidalgo antara pemain naturalisasi yang disenaraikan Tan Cheng Hoe bagi ke Piala ASEAN FIFA yang akan berlangsung di Indonesia bermula 24 September ini.

Untuk rekod, Malaysia bakal membuka kempen mereka di kejohanan yang julung kali itu berdepan Bangladesh pada 25 September, kemudian menentang Indonesia pada 28 September dan lawan Singapura pada 1 Oktober bagi aksi peringkat kumpulan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement