Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: 3,4,5! Fakta nombor 23 pemain skuad Harimau Malaya

HM

Harimau Malaya akan memulakan kempen edisi perdana Piala ASEAN FIFA pada hujung bulan ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam tadi mengumumkan senarai penuh 23 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam kempen di Jakarta, Indonesia itu bermula 25 September ini.

Berikut merupakan fakta nombor barisan pemain yang dipanggil kali ini:

3
Seramai tiga pemain baharu akan mewakili Harimau Malaya selepas mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Dua pemain naturalisasi, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo layak mewakili Harimau Malaya selepas melengkapkan tempoh lima tahun permastautinan di Malaysia manakala seorang pemain warisan, Brad Tapp, turut layak mewakili Harimau Malaya selepas pengesahan keabsahan susur galurnya dari Malaysia.

4
Empat pemain yang berpangkalan di luar negara turut dipanggil mewakili skuad negara. Mereka adalah Dion Cools (Jepun), Daniel Ting (Thailand), Sergio Aguero (Indonesia) dan Fergus Tierney (Kepulauan Cyprus).

5
Seramai lima pemain dikekalkan daripada kempen Piala Hyundai ASEAN bulan lalu, iaitu Sergio Aguero, Azri Ghani, Ubaidullah Shamsul Fazili, G. Pavithran dan Faris Danish Asrul.

Malaysia akan berdepan Bangladesh bagi aksi pertama Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno pada 25 September ini.

Harimau Malaya kemudian akan berdepan tuan rumah, Indonesia, tiga hari kemudian sebelum menamatkan saingan pusingan awal itu dengan menghadapi Singapura pada 1 Oktober ini.



 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement