Skip to main content

Bola Jaring

Permata baru Jewels, Nawwarah -- Muncul tanpa bunyi

j

Di sebalik wajah tenang seorang gadis 18 tahun, tersembunyi seorang pejuang yang tidak perlu bersuara untuk memberi impak. Nurul Nawwarah Fatin atau lebih dikenali sebagai Naw, bukan sekadar pemain muda tetapi dia adalah “Silent Killer” yang membuktikan kerja keras sentiasa berbunyi lebih kuat dari kata-kata.

Baru menamatkan SPM dengan 7A 1B dari Sekolah Tun Hussien Onn, Nawwarah telah membina asas sebagai atlet sejak usia 9 tahun. Dari merangkul pingat di trek olahraga, kini dia merangkul pingat di gelanggang bola jaring dengan prinsip yang sama. 

Advertisement

Disiplin menjadi teras yang membentuk dirinya sebagai atlet muda berkualiti.

Penampilan pertama bersama kelab Johor Jewels dalam NSL edisi kali ini menjadi titik perubahan dalam karier anak kelahiran Segamat, Johor ini. Dalam perlawanan pra-musim menentang Marvels, debaran bertukar menjadi fokus dengan satu prinsip jelas iaitu “do your own job”. 

 

 

Tiada gimik, tiada drama, hanya fokus melaksanakan tugas. Debut rasmi NSL pula mengukuhkan mentalitinya untuk tampil sebagai versi terbaik dirinya buat jurulatih; Jane dan Ira serta rakan sepasukan.

Apabila ditanya tentang impian, jawapan atlet 18 tahun ini cukup jelas, iaitu menyarung jersi Malaysia di pentas antarabangsa. Dalam masa terdekat, dia memburu tempat dalam pasukan kebangsaan. 

Jadi persoalannya - Adakah kita bakal melihat atlet yang bangkit tanpa bunyi ini menjadi tonggak pertahanan Malaysia? Jika ditanya pada saya, sudah pasti.

Itulah Nawwarah, “Silent Killer” yang tidak perlu dikenali dengan suara tetapi dengan impak.

Must Watch Video