Selepas kejayaan skuad sepak takraw negara di pentas serantau Sukan SEA Thailand 2025, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Incheon 2014, Muqlis Borhan, memuji kematangan tekong negara, Syahir Rosdi, dan kempimpinan Farhan Adam selaku kapten pasukan yang mempamerkan kualiti terbaik ketika memacu negara menamatkan kemarau pingat emas 34 tahun negara.
Muqlis turut melihat gandingan Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Rarhan semakin matang daripada tahun ke tahun.
Advertisement
Dia yang lebih mesra disapa "kecik", bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang membanggakan sekali gus mengukuhkan status pasukan negara sebagai kuasa utama di pentas serantau.
Harapan besar disandarkan agar barisan ini terus mengekalkan prestasi cemerlang dan mempamerkan aksi terbaik pada masa akan datang.
"Kemenangan kali ini memang cukup membanggakan dengan adanya Farhan Adam yang sangat senior dalam pasukan Malaysia.
"Dua tiga tahun ini boleh lihat perubahan demi perubahan terutamanya trio Syahir-Azlan-Farhan. Mereka dah banyak kali kalah kepada Thailand, perubahan Syahir lebih matang, sejak Piala Dunia lagi dan corak permainan dia pasukan Thailand tidak boleh baca.
"Itu perubahan besar. Saya harap mereka konsisten di Sukan Asia. Saya harap cerita sama dapat lakar emas di Piala Asia nanti" katanya.
