Skip to main content

Hoki

Final Sukan Asia Aichi-Nagoya: India pun takut jumpa kita -- Misi Malaysia tamatkan penantian 68 tahun petang ini

Hoki
Advertisement

Kontinjen negara kini berpeluang merebut antara pingat emas Sukan Asia paling bernilai dalam sejarah apabila skuad hoki padang lelaki Malaysia hanya selangkah lagi daripada mencipta sejarah di Aichi-Nagoya 2026.

The Speedy Tigers akan turun di pentas final dengan satu misi besar -- menamatkan penantian emas Sukan Asia yang tidak pernah dimenangi Malaysia sejak penyertaan pertama pada 1958, sekali gus memperoleh tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Advertisement

Sepanjang 18 penampilan di temasya itu termasuk edisi Aichi-Nagoya, pencapaian terbaik skuad hoki lelaki negara setakat ini adalah dua pingat perak dan enam gangsa.

Kali terakhir Malaysia merasai pentas final Sukan Asia adalah pada 2018 di Indonesia, namun ketika itu skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan pada aksi kemuncak.

Advertisement

Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, sempat mendapatkan reaksi Olimpian dan bekas kapten hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, menjelang pertembungan akhir pasukan kebangsaan bertemu musuh tradisi, India, petang ini.

"Tahniah layak ke perlawanan akhir.

"Anda semua telah buat yang terbaik setakat ini.

"Anda akan bertemu India. Tiada satu pasukan yang sempurna.

"Mereka juga mempunyai kelemahan tersendiri. Mereka juga takut bertemu dengan kita.

"Jangan tertekan. Berikan yang terbaik," katanya.

Kredit foto: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video