Peninju wanita Amerika Syarikat (AS), Hannah Rapp -- yang kehilangan kejuaraan kelas featherweight WBC kepada Tiara Brown bulan lalu -- menemui ajal selepas dilanggar kereta ketika berbasikal, menurut Pejabat Sheriff Daerah Brazos di Texas.
Petinju berusia 26 tahun itu mengecapi lapan kemenangan dan seri sekali daripada sembilan pertarungan profesional pertamanya untuk merangkul gelaran featherweight Persekutuan Tinju Amerika Utara, sebelum tumpas kepada Brown melalui keputusan sebulat suara.
"Dia seorang peninju luar biasa tetapi yang paling penting, merupakan ahli keluarga tinju kami yang tidak ternilai," kata Presiden WBC, Mauricio Sulaiman.
Tambah Pejabat Sheriff Daerah Brazos, seorang pemuda berusia 31 tahun, Charles Medina, ditangkap dan didakwa atas membunuh tanpa niat.