Skip to main content

Bola Sepak

Pemenang Piala Dunia 2002 ada mesej untuk peminat Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Silva

Pemenang Piala Dunia 2002, Gilberto Silva, sempat berkongsi pesanan terhadap peminat bola sepak tanah air berkenaan sokongan terhadap pasukan kebangsaan.

Tatkala ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, legenda Brazil merangkap bekas pemain Arsenal itu berharap bola sepak tempatan sentiasa berkembang dan terus meningkatkan prestasi.

Advertisement

"Sentiasa mempercayai diri sendiri. Jangan biarkan orang lain mengkritik dan menjatuhkan kamu.

"Kamu harus bekerja keras. Seluruh negara menyokong pasukan kebangsaan termasuk waktu getir.

"Kadang-kadang, anda menjadi lebih bagus jika anda kalah dalam sesebuah aksi.

"Kerana anda dapat mempelajari sesuatu. Saya tidak rasa anda akan belajar jika pasukan sentiasa menang.

"Ini adalah cabaran yang sentiasa ada. Tentang perkara yang betul atau salah.

"Kita perlu menyokong mereka.

"Sejujurnya, saya tidak selalu mengikuti perkembangan mereka jadi agak sukar untuk saya tetapi saya mendengar orang di sini berminat dengan bola sepak.

"Peminat, pemain, legenda Malaysia dan trofi harapan yang singgah di sini boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain bola sepak tanpa henti, tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk mencapai tahap tertinggi

"Harap mereka dapat terus memberi inspirasi antara satu sama lain, di seluruh negara," katanya di Nadi Arena.

Dia ditemui ketika siri jelajah Trofi Piala Dunia di Sunway Pyramid hari ini. 

Must Watch Video