Skip to main content

Sepak Takraw

Pemain tidak terpilih perlu terima dengan hati terbuka -- Presiden PSM

sepak takraw Malaysia

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, berharap pemain yang tidak tersenarai dalam skuad sepak takraw negara kebangsaan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Tambahnya, enam muka baharu yang dipanggil bakal memperkukuh dan mewujudkan suasana sihat dalam landskap sepak takraw kebangsaan.

Advertisement

Sumali juga mengingatkan setiap pemain agar tidak mudah berasa selesa dan sentiasa membuktikan kemampuan sebenar dalam setiap sesi latihan untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

"Ia bukan saya, yang melakukan pemilihannya adalah jurulatih," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Ia terhasil daripada beberapa siri perbincangan khusus di antara jurulatih dan PSM.

"Apabila ada enam pemain tidak tersenarai untuk memberikan laluan buat muka baru, saya hanya ikut kerana ia merupakan satu isyarat yang baik, di mana mereka yang terpilih merupakan pemain muda.

"Bagi saya, ia satu perkara baik kerana ada gabungan pemain senior yang berpengalaman dan pemain muda yang berada dalam (program) Podium, di mana ia bukan satu perkara mudah kerana mereka boleh bermain di peringkat antarabangsa.

"Pemain tidak boleh selesa kerana walaupun berada dalam Podium, bila-bila masa mereka boleh dikeluarkan untuk digantikan dengan pemain lain.

"Kita memiliki tiga kejohanan peringkat kebangsaan dan ia akan menjadi platform untuk mereka kembali membuktikan yang mereka pemain yang sepatutnya disenaraikan kembali."

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video