Skip to main content

Sukan Lain

PEKEMA sedia bantu pelajar IPTA cemerlang sukan terdiri daripada golongan asnaf

PEKEMA

Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) memperuntukkan sebanyak RM220,000 setahun bagi membantu mahasiswa golongan B-40 melalui Program PEKEMA Prihatin gGerobok Rezeki Siswa.

Program yang dilancarkan semalam itu melibatkan 11 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Advertisement

Setiap universiti menerima peruntukan RM20,000 setahun bagi menyediakan makanan sarapan dan tengah hari secara percuma kepada pelajar yang memerlukan.

 

 

 

 

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Hj. Mohamed Nazari Noordin, inisiatif itu bertujuan meringankan kos sara hidup pelajar agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.

Program Gerobok Rezeki Siswa itu akan diuruskan oleh pihak universiti masing-masing bagi memastikan bantuan disalurkan kepada pelajar yang benar-benar layak dan memerlukan.

"Seandainya mereka daripada golongan asnaf dan cemerlang dalam bidang sukan, malah memerlukan bantuan kewangan, untuk membeli kos barangan contohnya maka kami boleh memberikan bantuan," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video