Skip to main content

Bola Sepak

Panas! Tolak pengadil, baling botol hiasi drama penantian 22 tahun gergasi Asia

SOCCER-GULFCUP-SAU-ARE:Soccer-Saudi Arabia end 22-year wait for another Gulf Cup title
Advertisement

Arab Saudi menamatkan penantian selama 22 tahun untuk kembali menjulang Piala Teluk Arab selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 dalam perlawanan akhir edisi ke-27 kejohanan itu malam tadi.

Sorakan gemuruh lebih 50,000 penyokong di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah tercetus seawal minit ke-11 apabila pemain sayap, Hammam Al-Hammami, meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi rembatan yang terkena pertahanan lawan sebelum menerjah gawang.

Advertisement

Anak buah Georgios Donis terus mempamerkan aksi cemerlang apabila Feras Al-Brikan menggandakan kelebihan hanya dua minit kemudian menerusi penyudah jarak dekat.

The Green Falcons hampir menambah jaringan ketiga apabila Saleh Abu Alshamat, yang diturunkan bersama adiknya Mohammed dalam kesebelasan utama, melakukan percubaan yang sekadar singgah di palang gol.

Advertisement

UAE berpeluang merapatkan jurang selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38, namun keputusan itu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Memasuki babak kedua, penjaga gol Arab Saudi, Mohamed Al Owais, tampil cemerlang menafikan percubaan Sultan Adil dari jarak dekat.

Pelawat terus mencari gol kebangkitan, namun percubaan penyerang naturalisasi mereka, Fabio Lima, yang terkena palang pada minit ke-88 memadamkan harapan pasukan itu untuk bangkit.

Kejayaan itu turut menyaksikan gergasi Asia itu mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang kejohanan.

Kemenangan tersebut menghadiahkan kejuaraan Piala Teluk keempat buat pasukan ranking ke-55 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu dan yang pertama sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 2004.

Di sebalik kejayaan tersebut, permainan dicemari dengan balingan botol oleh penyokong tuan rumah dan layangan kad merah kepada pemain UAE ekoran menolak penjaga garisan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video