Skip to main content

Badminton

Olimpian negara tidak bimbang kemerosotan Pearly-Thinaah

lee meng yean

Olimpian Tokyo 2020, Lee Meng Yean, tidak bimbang terhadap penurunan ranking dunia yang sedang dihadapi gandingan utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Kemerosotan itu berlaku selepas Pearly-Thinaah jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat dunia gara-gara terlepas beberapa kejohanan berikutan masalah kecederaan.

Menurut Meng Yean, situasi itu merupakan lumrah bagi mana-mana pasangan yang sedang dalam proses pemulihan untuk kembali mendapatkan rentak permainan terbaik.

Sebelum ini, Pearly terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Uber berikutan kecederaan belakang ang sering berulang.

Oleh itu, Meng Yean berharap agar beregu nombor empat dunia berkenaan dapat membangkitkan semula motivasi mereka demi menampilkan prestasi optimum menjelang kejohanan Terbuka Jepun bulan depan.

Meng Yean turut menegaskan tempoh sebulan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh gandingan negara itu untuk mengekalkan ketekalan semasa sesi latihan agar momentumnya dapat diterjemahkan ke dalam perlawanan sebenar.

"Saya rasa ia kecederaan yang kerap dilalui pemain, jadi untuk Pearly dan Thinaah, saya tidak berada risau kerana mereka memang sudah ada standard tersendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Mereka juga pemain berpengalaman yang sudah lama dalam badminton, jadi tak perlu takut dengan penurunan ranking kerana Pearly juga baru pulih daripada kecederaan.

"Dalam beberapa kejohanan ini mungkin keputusan mereka tidak berapa bagus tetapi saya yakin keputusan itu akan kembali dalam kejohanan yang akan datang."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video