Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Tendai Masamba dari Malawi, Cornelia Tjatjita Mupenda dari Namibia dijangka perkuat Terengganu Marvels

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

NSL

Kehadiran dua pemain import berprofil tinggi itu dilihat mampu menambah keseimbangan di bahagian serangan dan pertahanan pasukan, sekali gus memberikan suntikan pengalaman antarabangsa dalam skuad Terengganu Marvels.

Terengganu Marvels sekali lagi berada di bawah kepimpinan bekas pemain kebangsaan, Siti Nor Farhana, tampil dengan sasaran lebih realistik namun kompetitif musim ini, iaitu sekurang-kurangnya mara ke pentas separuh akhir.

Advertisement

Musim lalu, Marvels menamatkan saingan di tangga keempat, justeru peningkatan satu anak tangga menjadi fokus utama dalam perancangan musim baharu.

Daripada segi komposisi pasukan, Marvels mengekalkan enam pemain musim lalu. Dalam masa sama, empat pemain baharu turut dibawa masuk bagi memperkukuh pasukan, menjadikan gabungan seimbang membawa kepada kombinasi pemain berpengalaman dan tenaga muda, termasuk dua tonggak import.

Sebagai persiapan menghadapi saingan sengit Netball Super League (NSL) 2026, pasukan telah memulakan latihan seawal Januari lalu dengan penekanan khusus terhadap aspek kekuatan dan kecergasan (strength dan conditioning).

Apapun kita menantikan persaingan sengit kejohanan bola jaring itu dengan ke semua pemain berada pada tahap fizikal terbaik apabila musim baharu bermula April nanti.

Must Watch Video