Seramai 41 pemain hadir bagi sesi pemilihan pasukan Melaka mystic menjelang Netball Super League (NSL) yang bakal membuka tirai pada Julai kelak.
Selepas sepi tanpa penyertaan dalam edisi lalu, Melaka masih memiliki pasaran memandangkan ramai yang berminat untuk membantu persediaan pasukan.
Advertisement
Situasi ini memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih, Melaka, Noorrul Afniza Ahmad Jamaludin, yang menekankan keperluan fizikal pemainnya untuk bersaing dalam kancah bola jaring itu musim ini.
"Saya agak terkejut juga apabila diberi peluang untuk kembali bersama pasukan.
"Kami mampu memberi saingan kepada pasukan lain.
"Hari ini pemilihan kedua -- yang pertama di Melaka -- dan kehadiran pemilihan di KL hari ini adalah di luar jangkaan," katanya di Nadi Weekend.
Dalam pada itu bekas pemain Perak Phoenix, Fatin Nabilatul Suhaiba Razali, berharap kelibatnya mampu memancing perhatian barisan kejurulatihan Melaka Mystic.
Sebagai anak jati, Fatin Nabilatul tidak berbelah bahagi untuk berbakti buat pasukan negeri kelahirannya itu, seterusnya mengangkat Melaka ke kedudukan terbaik selepas hilang dari radar dalam edisi lalu.
"Selalu Melaka dianggap 'underdog' tapi ramai sebenarnya tak nampak semangat Melaka.
"Melaka sentiasa inginkan kejayaan yang lebih baik.Kalau saya terpilih, saya mahu pastikan Melaka adalah pasukan terbaik," katanya.