Tonggak baharu Selangor Angels, Simran Gill, tidak menjadikan kehadiran dua bintang bola jaring dunia, Laura Langman dan Gretel Bueta, yang memkuatkan Johor Jewels sebagai penghalang untuk melakukan kemunculan sulung di pentas Netball Super League (NSL) musim ini.
Meskipun sedar cabaran besar menanti, pemain berusia 23 tahun itu memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan pasukannya yang bakal diperkuatkan dua pemain import dari Afrika Selatan.
Advertisement
"Sesetengah pasukan sudah pun membuat persiapan awal.
"Tidak mengapa, hanya kerana kami lewat membuat persediaan tidak bermakna kami akan berakhir di tangga tercorot, saya percaya kami mampu menang berpandukan situasi ketika ini.
"Dengan kehadiran dua pemain import, kami mampu melakukannya apabila kekuatan masing-masing saling melengkapi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Tambah penolong jurulatih, Shahizam Salleh: "Ini hari pertama kami memulakan latihan.
"Kami akan fokus kepada sistem dan taktikal permainan selain aspek kecergasan."