Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Selangor Angels giat bentuk persefahaman

NSL

Pertahanan Selangor Angels, Tun Arisya Maisarah Sulaiman, menegaskan pasukannya tidak berdepan masalah untuk membina persefahaman meskipun dibarisi ramai muka baharu menjelang Netball Super League (NSL) bulan depan.

Menurutnya, tempoh persediaan yang singkat juga tidak menjadi masalah, dengan semua pemain sedia memberi komitmen penuh bagi memastikan pasukan berada di tahap terbaik.

Advertisement

"Latihan kami baru bermula jadi kami manfaatkan masa yang ada untuk mencipta keserasian, lebih memudahkan lagi kerana kami tinggal serumah.

"Kami sudah saling mengenali tapi bukan sebagai rakan sepasukan.

"Taktikal yang jurulatih terapkan akan kami ikut sehabis baik," katanya.

Untuk rekod, ini merupakan musim keempat Tun Arisya beraksi di pentas NSL dengan menyarung jersi Perak Phoenix sejak 2021 dan untuk musim ini dia mahu menterjemahkan pengalaman itu bersama misi penting Angels musim ini untuk menghuni kelompok lima terbaik.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video