Pemain Pahang Tulips, Nur Lailatulladhawiyah, berazam untuk mendapat lebih minit permainan dan ingin berada dalam barisan utama skuad itu selepas kurang diturunkan sebaik dikurniakan cahaya mata tahun lalu
Sasarannya dalam Netball Super League (NSL) 2026 adalah untuk membantu pasukannya mencapai kedudukan empat terbaik.
Advertisement
Sepanjang bulan puasa ini, pemain yang mesra disapa Nur itu menjalani latihan secara intensif lima kali sehari dalam masa seminggu untuk memastikan tahap kecergasan berada di tahap optimum.
"Musim lalu saya agak kurang bermain kerana baru lepas bersalin tetapi musim ini saya sudah cergas, jadi tiada masalah," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Husna Zainudin.
"Semua pasukan sedang melakukan persiapan terbaik, jadi kita tidak tahu pasukan mana (pasukan pilihan).
"Mungkin yang nampak ketara ialah Johor Jewels dan Terengganu Marvels,"