Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Dua tonggak import, dua pemain kebangsaan perkuat Kedah Sunshine hadapi saingan musim baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola jaring

Menjelang musim kelima Netball Super League (NSL) yang bakal kembali menemui peminat bermula April 2026. Ketua jurulatih Kedah Sunshine, Huslina Hussin, memasang impian untuk memacu pasukannya muncul sebagai salah satu pencabar dalam saingan akan datang.

Sunshine yang kembali ke pentas NSL selepas kali terakhir pada edisi 2022 bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua tonggak skuad kebangsaan iaitu Nur Izzazrin Ahmad Yani dan Nuriz Shazleen Amir Din, selain dua tenaga import.

Advertisement

Huslina ditemui ketika sesi pemilihan pemain Sunshine yang diadakan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini..

Buat masa ini, Sunshine sedang dalam proses pemilihan baki lima pemain yang akan melengkapkan senarai 12 pemain keseluruhan yang akan bawa cabaran di pentas NSL 2026.

"Kami hadir untuk mencukupkan pasukan Sunshine, lebih kurang lima pemain meliputi posisi penting. Kami mencari shooter, pertahanan dan seorang pemain penyerang.

 

 

 

"Musim lalu Kedah kurang persiapan, tahun ini kami belajar daripada kesilapan lama dan buat kemunculan kembali.

"Saya rasa kami akan beri cabaran dalam NSL tahun ini. Kami hadir sebagai pasukan 'underdog'." katanya.

Dalam pada itu, bagi GS baru Sunshine, Nur Izzazrin, mengakui teruja apabila buat julung kalinya bakal menyarung jersi negeri kelahirannya di pentas NSL 2026 nanti.

Dia yang dilahirkan di Sik, Kedah itu percaya dengan komitmen tinggi serta kerjasama semua pihak dalam pasukan, tidak mustahil Sunshine mampu mencipta kejutan musim depan.

"Saya berasa teruja selepas dua tahun saya kembali ke negeri saya, tekanan pasti ada tetapi saya akan cuba lakukan yang terbaik.

"Kami tidak jangka apa-apa, tetapi cuba lakukan yang terbaik di NSL 2026." katanya.

Must Watch Video