Kapten ragbi 15 sebelah wanita negara, Rozliana Mohd Ridwan, memasang hajat untuk memacu KL Wildcats dalam Netball Super League (NSL).
Rozliana yang mengecapi gelaran Kejuaraan Ragbi Asia Tenggara 2026 mahu meneruskan momentum itu bersama juara bertahan, KL Wildcats.
Advertisement
"Sebaik tamat Sukan SEA, kami memulakan persediaan rapi di pertengahan bulan lalu.
"Saya harap persiapan awal ini berjalan lancar supaya kami dapat menjalani persediaan yang lebih rapi.
Rozliana sedar akan tekanan kepada juara bertahan, lebih-lebih lagi kerana hampir semua pemain dalam pasukan adalah muka baru termasuk dirinya.
Oleh itu, dia hanya meletakkan sasaran peribadi realistik terhadap cabaran musim ini.
"Kami muncul juara tahun lalu tapi saya sendiri mengharapkan agar kami kekal dalam kelompok empat teratas," katanya.