Skip to main content

Lawan Pedang

NS Matrix Fencing Festival 2026: Lebih 600 penyertaan antarabangsa, Negeri Sembilan sasar jadi hab lawan pedang negara

NS Matrix Fencing Festival 2026: Lebih 600 penyertaan antarabangsa, Negeri Sembilan sasar jadi hab lawan pedang negara

Penganjuran NS Matrix Fencing Festival 2026 terus membuktikan peningkatan popularitinya apabila berjaya menghimpunkan lebih 600 penyertaan dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan status kejohanan itu sebagai antara platform pembangunan sukan lawan pedang terbesar di Malaysia.

Memasuki edisi keempat penganjurannya, festival itu menerima penyertaan atlet dari beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Brunei, Tunisia dan Oman, mencerminkan peningkatan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Lawan Pedang Negeri Sembilan, Tengku Datuk Mu’adzam Sadruddin, berkata sambutan yang diterima menepati sasaran persatuan untuk memperluaskan pembangunan sukan lawan pedang menerusi penganjuran kejohanan kompetitif.

Menurut beliau, kejohanan seperti NS Matrix Fencing Festival menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta memberi pendedahan kepada atlet muda untuk bersaing dengan peserta dari luar negara.

Beliau turut menyatakan hasrat agar Negeri Sembilan mampu muncul sebagai pusat pembangunan sukan lawan pedang negara, sebagaimana Terengganu dikenali sebagai negeri yang berjaya melahirkan ramai atlet berbasikal bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

“Jika Terengganu terkenal sebagai lubuk atlet berbasikal negara, kami mahu Negeri Sembilan pula dikenali sebagai negeri yang melahirkan atlet lawan pedang berkualiti sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Festival kali ini turut diserikan dengan kehadiran Penaung Persatuan Lawan Pedang Negeri Sembilan, Tunku Ali Redhauddin, yang juga Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad, bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sepanjang empat hari penganjuran, festival itu mempertandingkan tiga acara utama iaitu Negeri Sembilan Youth Challenge melibatkan kategori berpasukan bawah umur, Kejohanan Negeri Sembilan Terbuka, serta Negeri Sembilan Masters Challenge.

Penganjur berharap kejohanan ini akan terus berkembang pada masa hadapan dengan penyertaan lebih banyak negara, sekali gus membantu memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara destinasi utama penganjuran kejohanan lawan pedang di rantau Asia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video