Skip to main content

Bola Sepak

Nottingham Forest hadiahkan kekalahan ketiga berturut-turut buat Chelsea

f
Advertisement

Chelsea terpaksa akur tewas buat kali ketiga beturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2026/27 awal pagi tadi.

Jaringan cantik Igor Jesus dan dua gol menerusi Morgan Gibbs-White memacu kemenangan Nottingham Forest mengatasi The Blues 3-2 di City Ground.

Advertisement

Gol voli memukau daripada Igor seawal minit kelima perlawanan meletakkan Forest mendahului 1-0 sebelum Gibbs-White menambah jaringan buat pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti selepas pertahanan Chelsea, Wesley Fofona, menjatuhkan Liam Delap pada minit ke-51.

 

Advertisement

 

 

Begitupun, Emmanuel Emegha yang masuk sebagai pemain gantian merapatkan defisit jaringan 2-1 buat Chelsea, namun Gibbs-White mengembalikan kelebihan dua gol buat Forest pada minit ke-72 untuk kedudukan 3-1.

Tandukan Emagha sekali lagi menjadikan kedudukan 2-3 buat anak buah Xabi Alonso pada penghujung babak kedua, namun sudah terlambat untuk Forest meraih tiga mata di laman sendiri.

Untuk rekod, Forest melakar kemenangan pertama ke atas Chelsea sejak 1997, Chelsea kini telah bolos 23 gol dalam 12 perlawanan liga.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video