Perancang tengah skuad kebangsaan, Nooa Laine, optimis dengan peluang Malaysia meraih keputusan positif ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Nam Dinh, Selasa depan.
Meskipun Nooa menjangkakan bakal menerima saingan sengit, namun pemain Selangor berusia 23 tahun itu percaya rakan sepasukannya mampu memberikan cabaran.
Advertisement
"Sudah tentu, setiap perlawanan yang kita pergi, saya mahu menang. Dan saya fikir perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi satu aksi sukar.
"Tapi saya fikir kita juga mempunyai satu pasukan yang bagus. Dan saya fikir ini akan menjadi perlawanan sukar tetapi saya fikir kita boleh mendapatkan kemenangan." katanya.
Untuk rekod, anak buah Peter Cklamovski bakal turun bagi mengembalikan maruah meskipun sudah tersingkir kerana pemotongan enam mata serta kemenangan dua aksi sebelum ini ditarik akibat isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain Malaysian Abroad.
Perkara itu menyaksikan kemenangan 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jun lalu ke atas skuad Naga Emas dibatalkan selain aksi bertemu Vietnam.