Kalau selalu nama Safee Sali dan Koo Kien Keat sinonim dengan sukan bolasepak dan badminton. Tapi kali ini, dua jaguh ini akan turun berentap merebut gelaran Netrunner New Dawn MY yang dijadual berlangsung 3 Oktober ini.
Shadow Combat League (SCL) menganjurkan New Dawn MY -- kejohanan tempur robot humanoid kawalan jauh yang pertama di Asia Tenggara.
Tiga tali pinggang kejuaraan menjadi rebutan dengan para peserta yang juga jurupandu ini akan bertarung hebat bagi merebut gelaran juara Icon, Gladiator dan Netrunner.
Menariknya, saingan yang berlangsung 3 Oktober di Pavilion Damansara Heights Kuala Lumpur ini dibarisi dan dikawal oleh jurupandu terkenal iaitu personaliti popular negara.
Apakah Safee dan Kean Keat hebat mengendalikan robot humanoid ini sekali gus merebut gelaran Netrunner? memang mengujakan bukan.
Ataupun petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali dengan nama Adli 'Goldenboy' akan mencuri tumpuan bertemu lawannya, Aiman Abu Bakar bagi merebut gelaran Gladiator?
Siapa lebih unggul untuk mengawal robot humanoid ini? Safee atau Kien Keat?
Atau Adli tiada masalah untuk kekal hebat dalam pertarungan robot ini sepertimana dia hebat di atas gelanggang?
Jawapannya -- nantikan aksi pertarungan hebat 3 Oktober ini.