Skip to main content

Bola Sepak

Muka saya mungkin dah berubah tapi hati saya tidak -- Faisal Halim

FA

Penyerang Selangor, Faisal Halim, mengimbau kembali detik gelap dalam karier bola sepaknya apabila disimbah asid dua tahun yang lalu.

Menerusi wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsikan, '5 Mei, Muka saya mungkin dah berubah tetapi tidak hati saya'.

Advertisement

"Sehari sebelum aksi separuh akhir Piala Shoppee Selangor vs Nam Dinh FC, juga genap dua tahun insiden simbahan asid ke atas Faisal Halim." kongsinya.

Kes simbahan asid pemenang Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023 yang berlaku pada tanggal 5 Mei 2026 itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

 

 

 

 

"Muka saya mungkin berubah tetapi saya tetap semangat untuk berjuang, bekerja keras setiap hari dalam setiap setiap latihan dan perlawanan untuk berikan yang terbaik buat kelab dan diri saya sendiri.

"Saya mahu kembali ke prestasi saya dua tahun lalu, ada orang katakan 'Mickey sudah kembali', bagi saya belum. Saya masih mahu bekerja keras, bagi saya bukan tentang saya beraksi dengan baik tetapi saya mahu konsisten." jelas Mickey.


Nantikan laporan penuh di Nadi Arena malam ini.

Must Watch Video