Ketangkasan penjaga gol bola baling B-18 Majlis Sekolah Sukan (MSS) Terengganu membawa finalis tahun lalu itu menghampiri impian untuk bergelar juara, setelah melepasi ranjau suku akhir 'derbi Pantai Timur' selepas menewaskan MSS Kelantan.
Terengganu yang turun dengan harapan menggunung dalam pentas MSSM kali ini berdepan tentangan sengit di peringkat awal, namun mula menjarakkan diri dengan empat mata sebaik memasuki babak kedua.
Kelantan sebaliknya sempat menghadirkan tekanan di penghujung permainan, bagaimanapun hanya untuk berputih mata apabila Terengganu mempertahankan kelebihan 17-16 hingga wisel penamat.
Siapa sangka, Raqib Aisa Tarmizi yang pada asalnya memainkan watak penjaga gol bidan terjun, kini selesa untuk memastikan kekebalan gawangnya.
Kemenangan itu sekali gus membawa Terengganu mengatur pertemuan separuh akhir dengan Johor, esok.
"Pada mulanya jurulatih saya ajar dia kata' jika betul awak penjaga gol, 50 peratus aksi itu bergantung pada penjaga gol'.
"Sekolah saya nak pergi lawan tetapi penjaga gol tiada kerana cedera, saya sukarela jadi penjaga gol dan jurulatih kata saya ada bakat." kata penjaga gol MSS Terengganu, Raqib Aisa Termizi.
Kekecewaan Kelantan tidak dapat disembunyikan oleh tonggak utamanya, Nik ohd Shaameel Hakeemi aAzli, namun terpaksa akur bahawa mereka hilang cengkaman permainan dalam detik tertentu.
"Sakit sebenarnya tetapi tiada rezeki. Jika beraksi dengan lebih baik mungkin boleh pergi jauh lagi." tambahnya.