Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marco Bezzechhi langkah kanan juarai perlumbaan pembukaan GP Thailand!

motoGP

Marco Bezzecchi menjuarai perlumbaan pembukaan musim MotoGP 2026 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand selepas juara dunia, Marc Marquez, terpaksa menarik diri akibat kerosakan jentera.

Pelumba Aprilia itu memimpin dari permulaan petak utama hingga akhir untuk muncul juara di Thailand, manakala Pedro Acosta (KTM) menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Raul Fernandez ketiga.

Advertisement

Marquez yang memburu gelaran dunia kelapan tersingkir ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.

Ketika berada di tempat keempat, pelumba Ducati itu tersasar di selekoh dan hentakan kuat menyebabkan tayar belakang terkeluar dari kedudukan, sekali gus merosakkan rim motosikalnya.

Bezzecchi kembali ke landasan kemenangan selepas terjatuh pada pusingan kedua perlumbaan pecut.

Topik Berkaitan

Must Watch Video