Skip to main content

Permotoran

Moto3: Tunggangan Hakim Danish lebih meyakinkan

Moto3

 

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, yang menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil, awal pagi tadi, di kedudukan ke-10 bagi meneruskan rentak konsisten dengan satu lagi keputusan positif musim 2026.

Advertisement

Pelumba AEON Credit MT Helmets MSI itu mempamerkan prestasi meyakinkan dalam sesi kelayakan sehingga memperoleh peluang memulakan perlumbaan dari petak ketiga.

Namun, aksinya terpaksa dihentikan dalam pusingan ke-15 susulan kemalangan, sebelum disambung semula dengan hanya 12 daripada 24 pelumba kekal bersaing dalam lima pusingan terakhir.

Hakim Danish mengakui gara-gara nahas tersebut, momentum tunggangan yang baik sejak awal perlumbaan sedikit terganggu hingga berdepan kesukaran untuk berada di kelompok pelumba hadapan berdasarkan baki pusingan yang ada.

"Secara keseluruhannya, saya agak berpuas hati kerana memperlihatkan banyak peningkatan, terutama daripada segi tunggangan dan perlumbaan," katanya kepada Nadi Arena sebentar tadi. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video