Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 di Litar Autodromo Internacional de Goiania, malam tadi.
Pelumba kelahiran Terengganu yang mewakilli pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu meraih mata -enam mata- pertama dalam saingan Moto3 untuk berada di kedudukan ke-13 secara keseluruhan selepas dua perlumbaan.
Advertisement
Dalam perlumbaan itu menyaksikan Hakim bermula di barisan hadapan sebelum insiden kemalangan pelumba dari Sepanyol, Joel Estaban dan beberapa pelumba lain hingga menyebabkan bendera merah dikibarkan untuk perlumbaan dihentikan seketika.
Pelumba dari Sepanyol, Maximo Quiles (7:19.821s), muncul juara diikuti Marco Morelli dan pelumba dari Indonesia, Veda Pratama, yang mencuri tumpuan apabila menjadi wakil dari Indonesia pertama raih podium.