Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan kemas ketika menamatkan perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat (GP AS) saingan Moto3 di Litar Austin, di tempat ke-13 biarpun memulakan perlumbaan dari petak ke 25 awal pagi tadi.
Penunggang berusia 18 tahun itu mengalami kemalangan dalam pusingan kelayakan 1 semalam, sekali gus tidak dapat melakukan catatan masa dan terpaksa memulakan perlumbaan di petak terakhir.
Advertisement
Bagaimanapun, sedikit demi sedikit, dia mula memperbaiki kedudukan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 bagi menambah tiga mata dalam pungutan keseluruhannya selepas tiga perlumbaan musim ini.
Hakim Danish, sebelum itu, menamatkan GP Brazil di tempat ke-10 minggu lalu dan secara keseluruhan, dia kini menduduki tempat ke-14 dengan himpunan 9 mata.