Skip to main content

Bola Sepak

Mereka punyai tanggungjawab bersama dalam penipuan -- CAS

Mereka punyai tanggungjawab bersama dalam penipuan -- CAS

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah mengekalkan sebahagian rayuan oleh tujuh pemain terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengenai sekatan kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan.

Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain tersebut akan menerima penggantungan selama 12 bulan, tetapi daripada perlawanan rasmi sahaja dan bukan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Advertisement

"Panel CAS mendapati kesalahan memalsukan dokumen kelayakan telah dibuktikan dan penggantungan 12 bulan adalah satu hukuman munasabah, memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab bersama dalam penipuan," menurut kenyataan yang dikeluarkan CAS.

Antara tujuh pemain yang disabitkan kesalahan adalah Facundo Tomás Garcés Rattaro, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Manakala FAM pula dikenakan hukuman sebanyak RM1.8 juta.

Must Watch Video