Skip to main content

Sukan Asia

Mentaliti juara jadi azimat Azizulhasni

uyuu
Advertisement

“Saya sudah belah dada, juga pernah tersusuk kayu."

Demikian tegas Datuk Azizulhasni Awang ketika mengulas mengenai tumpuan terhadap dirinya dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya berikutan kontroversi yang melibatkan hala tuju kariernya.

Advertisement

Dia mengakui tumpuan bukan perkara baharu buat dirinya ketika kemampuan untuk meneruskan momentum cemerlang Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Terdahulu, Azizulhasni yang kembali ke Sukan Asia selepas tidak beraksi di Hangzhou 2022 dengan menyingkirkan pelumba Kazakhstan untuk melangkah ke suku akhir acara pecut esok.

Advertisement

"Sejak kemunculan Sukan Olimpik lagi, tumpuan terarah kepada saya untuk memenangi pingat, sampailah sekarang.

"Tetapi oleh kerana kurangnya mentaliti juara dan budaya persembahan tahap tinggi, apabila usia saya meningkat, mereka kata tak boleh dah (kemampuan diragui).

"Itu mereka tapi saya berbeza.

"Saya jaga makan dan rehat, begi juga konsisten berlatih.

"Untuk berjaya, saya perlu lalui pelbagai cabaran.

"Setakat kecaman bukan apa-apa buat saya. Saya dah belah dada, kaki tertusuk kayu," katanya.

Nasib berbeza buat rakan sepasukan, Shah Firdaus Sahrom, yang terkandas dalam pusingan 16 dan terlepas peluang untuk mengulangi pencapaian gangsa di Hangzhou 2022.

"Saya tidak capai tahap sebenar lagi dan saya tidak begitu tertekan," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement